BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Berimankah kita?

Apakah kita sudah benar-benar beriman?
"iman tak dapat diwarisi, oleh seorang ayah yang bertaqwa.
iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai"
merupakan antara bait-bait lirik yang didendangkan Raihan.
Ringkas, padat tapi itulah realiti hakiki.

Namun sebagai insan yang telah dilahirkan sebagai umat Rasulullah seterusnya
mendukung dakwah baginda, kita seharusnya memelihara dan memulihara iman anugerah Allah yang terbesar ini kerana iman bertambah dan berkurang.

Iman itu membenarkan dengan hati melafazkan dengan lisan adn dizahirkan dengan
perbuatan. Iman bukan ucapan yang hanya lancar di bibir tapi dibiarkan sahaja.
"Amat besar kemurkaan di sisi Allah terhadap orang yang mengatakan sesuatu yang
tidak dilakukannya." Surah As-Saf ayat 3.

Cuba renungkan mutiara kata dari Hassan al- Basri RA ini.
" Iman tidak hanya angan-angan dan hiasan semata. Ia adlah apa yang diyakini
oleh hati, lalu direalisasikan dengan tindakan. Iman adalah keyakinan yang kuat
di hati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah sehingga
benar-benar tertanam dalam diri seseorang."

Beliau menambah lagi,"celakalah manusia oleh angan-angannya, berkata tanpa beramal
bermakrifah tanpa bersabar dan beriman tanpa keyakinan. Mengapa ada orang yang tidak memiliki akal. Aku mendengar ucapan tapi tiada realitinya."

Marilah kita sama-sama bermuhasabah mencari titik kekhilafan seterusnya memadamnya dengan sedikit peringatan ini.